GAPS: Jam Tangan Berkonsep 12-5-9

Thursday, September 27, 2012

GAPS adalah konsep jam tangan yang sangat menarik. Ia memaparkan masa dengan mudah dan kemas dengan menggunakan konsep 12-5-9. Konsep 12-5-9 ini diterangkan dengan lebih lanjut pada gambar dibawah. Ia direka dengan warna perak dan ip versi hitam. Latar belakang paparan mempunyai salutan cat pencahayaan khas yang mampu menyediakan keluaran cahaya yang berterusan selama 20 tahun. Oleh yang demikian ia mampu meningkatkan hayat bateri. GAPS direkabentuk oleh Laszlo dari Hungary.






The Bomber: Basikal Futuristik

Wednesday, September 26, 2012

Salah satu koleksi basikal futuristik terbaru daripada Stealth Elektrik Basikal adalah The Bomber. Yang menariknya bingkai basikal futuristik ini dibina dari aloi CrMo yang digunakan untuk membuat pesawat yang ternyata sangat ringan dan kukuh.



Basikal futuristik ini juga mempunyai prestasi yang luar biasa kerana ia mempunyai keupayaan mendaki bukit dalam mana-mana kawasan. Selain itu ia menggunakan tayar Duro  Razorback yang boleh mengcengkam untuk semua jenis keadaan permukaan jalan. Ia juga menggunakan bateri berteknologi yang membolehkan pertukaran pantas bateri di bawah 90-saat. Untuk menukar gear akan menjadi lebih mudah dengan memusingkan pergelangan tangan anda dan ia juga dilengkapi cakera brek hidraulik.

Perkara yang meletakkan basikal Bomber adalah terbaik didalam kelasnya ialah ia mampu memastikan perjalanan akan lebih lancar dan tenang dari awal hingga akhir dan tahan lasak dan mampu bergerak jauh dengan kestabilan kelajuan yang tinggi.



Green’s Voice: Pembesar suara dari botol


Green’s Voice adalah peranti pembesar suara yang menggunakan botol terpakai sebagai alat untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan padu. Selain itu, ia dilengkapi getah penyumbat yang direka sendiri bagi membolehkan ia dipasang pada botol dengan mudah. Ia adalah peranti yang kreatif, dimana anda boleh menyambung ke mana-mana botol untuk mewujudkan pembesar suara anda sendiri dengan serta-merta.


Peranti ini adalah konsep bagi mengurangkan jumlah bahan yang digunakan dalam penghasilan pembesar suara. Selain itu ia merupakan konsep peranti yang lestari kerana menggunakan bahan “biodegradable PLA”. Apa yang menarik ialah ia menggunakan bateri kertas untuk menjana peranti dan menawarkan 10 kali lebih lama jangka hayat daripada bateri litium biasa. Konsep peranti ini dihasilkan oleh Lin Nien-An dan Cheng Ya-Fang.

Kisai Zone: Jam Tangan LCD


Kisai Zone memaparkan masa digital melalui komposisi heksagon yang diolah untuk menampakkan masa dengan lebih menarik. Konsep heksagon yang digunakan memudahkan pengguna untuk membaca masa dengan sepintas lalu. Kisai Zone jam tangan yang turut memperlihatkan tarikh, penggera dan EL backlighting dan ia didatangkan dalam empat warna bergaya LCD.

 

Paparan menunjukkan jam di atas, minit di tengah dan saat di bahagian bawah, dengan pecahan saat pada sebelah kanan skrin. Untuk menukar paparan kepada mod tarikh (bulan, hari dan tahun) hanya perlu tekan butang yang terdapat ditepi jam tangan. Reka bentuk mempunyai mod penggera dan latar EL yang menerangi paparan yang membuat ia lebih mudah untuk dibaca pada waktu malam.

Satu ciri menarik Kisai Zon adalah paparan yang sentiasa bergerak. Masa saat sentiasa berubah dan pecahan saat terus berputar. Animasi tambahan turut disertakan dengan membuat heksagon berputar sekitar skrin sekali setiap 15 minit yang boleh dilihat pada video dibawah. Kedua-dua ini animasi boleh dihidupkan atau dimatikan. Kisai Zone diperbuat daripada stainless steel, jadi anda tidak perlu risau sama ada ia akan berkarat ataupun tidak. Untuk mendapatkannya boleh layari di laman Kisai Zone dengan harga $139.00.





 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik