Pasu menyimpan air selama 4 Bulan

Saturday, September 15, 2012



Kini syarikat SharperImage telah mengeluarkan pasu yang boleh membekalkan air kepada pokok selama 4 bulan. Semasa penyiraman air ke dalam pasu air akan disimpan. Ini akan memudahkan penjagaan pokok dan menghilangkan kerisauan pokok yang ditanam akan mati. Pasu ini menggunakan lapisan dan sumbu yang direka khas untuk menarik dan menyerap air dari kebuk vakum bagi menyediakan tahap penghidratan yang sempurna untuk tumbuhan. Untuk mendapatkannya boleh membuat pembelian di laman Sharperimage dengan harga $39 setiap satu.

Inatrap : Perangkap Serangga Inovatif




Perangkap serangga keluaran syarikat Inadays ini bukan sahaja cantik dipandang tetapi ianya juga dilengkapi dengan teknologi inovatif yang terkini untuk menarik serangga ke dalam perangkap. Disebabkan ia mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik membolehkan anda meletakkannya di mana jua anda suka. Inatrap menggunakan cahaya LED yang lembut dan reaksi foto-pemangkin, ia menghasilkan CO2 hangat seakan-akan nafas manusia.
Serangga terbang seperti nyamuk akan tertarik lalu menghampiri perangkap sehingga mereka disedut oleh kipas ke dalam sangkar. Anda tidak perlu berasa bersalah kerana berlaku kejam. Hal ini kerana cara ini tidak membunuh serangga tersebut kerana ia hanya berfungsi untuk memerangkap serangga sahaja. Anda boleh dapatkannya di Amazon dengan harga $80.






LumaHelm : Topi Keledar Berlampu Untuk Berkomunikasi

Friday, September 14, 2012


Topi keledar ini dihasilkan oleh Exertion Games Lab dari Universiti RMIT, Australia. Topi keledar ini diciptakan untuk membenarkan si pemakai untuk berkomunikasi dengan orang awam dengan isyarat lampu. Ini lebih memudahkan pemakai daripada menggunakan syarat tangan.

Dilengkapi dengan 104 lampu LED yang dikawal oleh mikropengawal Arduino. Ia membolehkan si pemakai menggunakan topi keledar ini sebagai penunjuk isyarat hanya dengan menggerakkan kepala. Bukan itu sahaja,lampu di topi keledar ini juga boleh dintegrasikan dengan alunan musik.


Pembinaan topi keledar ini juga ingin menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan yang mesra alam seperti basikal. Jika anda adalah pengayuh basikal untuk kemana-mana, pasti topi keledar ini tidak ketinggalan untuk dimiliki. Tetapi malangnya topi ini masih dalam peringkat pembinaan dan tidak diketahui bila ia akan ke pasaran.


iGrow : Pasu Bunga Yang Membekalkan Air Selama Seminggu



iGrow dapat menyelesaikan masalah anda yang seringkali terlupa untuk menyiram pokok bunga. Hal ini kerana pasu ini akan membekalkan air yang mencukupi selama seminggu kepada pokok anda dengan hanya sekali siraman. Reka bentuk pasu ini juga ringkas dan inovatif yang membolehkan anda meletakkkanya di mana jua anda suka.


iGrow juga dapat menghalang daripada pembiakan nyamuk dan tumpahan air memandangkan tempat tadahan air adalah tertutup. Pasu yang direka oleh Physic Factory ini juga adalah rekaan prototaip dan sama ada ia akan dihasilkan untuk jualan masih tidak diketahui.

iPhone 5 bukanlah telefon pintar ternipis di dunia


Phil Schiller, Naib Presiden Kanan (AAPL) untuk pemasaran di seluruh dunia, menyifatkan iPhone 5 adalah "telefon pintar ternipis di dunia" semasa sidang akhbar pada rabu lepas. Tetapi firma penyelidikan Strategi Analytics menyatakan berita tersebut tidak benar sama sekali di dalam kenyataannya di blog rasmi. Malah, Analytics Strategi menekankan bahawasanya Motorola mempunyai tiga telefon pintar yang lebih nipis dengan ketebalan 7.1 milimeter berbanding 7.6 milimeter ketebalan iPhone 5. Model telefon pintar tersebut ialah Motorola RAZR XT909, Motorola DROID RAZR dan Motorola RAZR XT910.

Video: First Look iPhone 5 (PRANK)

Thursday, September 13, 2012


Hari ini iPhone 5 telah dilancarkan dan ia pasti menjadi hari yang paling memalukan buat mereka apabila di prank atau erti kata lain di troll oleh rancangan Jimmy Kimmel Live. Mereka diminta untuk memberikan pendapat atau review terhadap iPhone 5 yang dilancarkan hari ini tetapi sebaliknya mereka diberikan iPhone 4s. Dan tanpa ragu-ragu mereka terus memberikan pendapat. Inilah akan terjadi apabila anda langsung tidak mengambil kisah mengenai gajet-gajet yang terhangat dan terkini. Jom tengok mereka di prank. Hahahaa



Gnarboard: Papan Luncur Elektrik



Papan luncur elektrik ini dilengkapi dengan motor berkuasa 850 Watt untuk setiap tayar. Oleh sebab yang demikian, papan luncur ini boleh memecut dari 0 hingga 45 km/j hanya dalam masa 1.9 saat dan 45 km/j yang juga merupakan kelajuan tertinggi papan luncur ini.


Dengan kelajuan sebegini, ia boleh bergerak dengan mudah di atas jalan yang tidak rata dan mempunyai kadar pecutan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta yang ada di jalan raya sekarang.


Ia didatangkan dengan 3 model dengan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tertentu. Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan juga mahal yang pasti membuatkan ia sukar dimiliki. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke laman Gnarboard.



iPhone 5 Kurang Inovatif Berbanding Samsung, Motorola & Nokia

Tiada sebarang keraguan bahawasanya iPhone 5 akan menjadi hebat dengan jualan yang terpantas antara telefon pintar. Hal ini kerana ia menawarkan skrin yang lebih besar, kelajuan 4G LTE, Lightning, cip A6 dan sebagainya.

Tetapi sebaik-baik manapun iPhone 5, ia tetap masih mempunyai kekurangan dalam spesifikasi yang diharapkan oleh pengikut Apple seperti hayat bateri yang dua kali lebih lama berbanding mana-mana telefon di pasaran atau ciri-ciri kamera inovatif yang membolehkan anda memindahkan gambar dengan mudah hanya pada skrin, membuat pembayaran mudah alih atau lain-lain kegunaan yang tiada lagi di pasaran. Berikut merupakan kelebihan yang terdapat pada peranti lain yang tiada pada iPhone 5.

Nokia Lumia 920


Nokia Lumia 920 menawarkan sokongan NFC, kebolehan pengecasan tanpa wayar, dan juga kamera 8-megapixel dengan sokongan PureView. selain itu, Nokia Lumia 920 turut membawakan PureMotion HD+, dimana ia menawarkan paparan gambar yang lebih baik, termasuk gambar dan video yang lebih tajam berbanding kebiasaan yang pasti boleh menandingi atau mengatasi paparan iPhone 5.


Samsung Galaxy Note 2


Sementara itu, Samsung Galaxy Note 2 dilengkapi S pen stylus yang mampu menghasilkan beberapa helah dan memudahkan sesuatu kerja. Selain itu, ia turut disertakan aplikasi Adobe Photoshop Touch secara percuma.


Motorola Droid Razr Maxx HD


Selain itu, Motorola Droid Razr Maxx HD membawakan masa bertahan selama 21 jam, dan masa memainkan video menggunakan rangkaian LTE selama 10 jam lamanya. ini menunjukkan iPhone 5 juga tidak mampu menewaskan Motorola Droid Razr Maxx HD kerana ia mampu bertahan selama 8 jam masa bercakap.


Dengan kekurangan elemen gempak pasti membuatkan pembeli dan peminat iPhone untuk beralih kepada peranti yang lebih alternatif dan berkuasa seperti Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note 2 dan Motorola Droid Razr Maxx HD.

iPhone 5: Kegilaan Anda




Apple secara rasmi telah mengumumkan iPhone 5 yang secara teknikal adalah iPhone yang ke 6 selepas iPhone 4s. Sejak dari tahun lepas lagi kita telah mendengar beribu-ribu khabar angin bahawasanya ia mungkin menggunakan LTE, sama ada iPhone 5 adalah iPad mini, paparan yang lebih tinggi, dan penyambung direka semula menyerupai tidbits. Mujurlah, kini segala spekulasi boleh dilupakan setelah Apple mengumumkannya.

Lebih tinggi, nipis dan kembali kepada luaran logam


Seperti yang dijangka, iPhone baru kini 18 peratus nipis (0.30 inci vs 0,37 inci tebal) daripada iPhone 4S. Apple juga turut mengatakan ia adalah telefon bimbit paling nipis setakat ini. Ini bermakna ia juga 20 peratus lebih ringan dengan beratnya 111.98 gram. Paparan Retina juga turut mengembang dari 3.5 inci (saiz sejak iPhone asal) kepada 4 inci. Tetapi resolusinya tetap sama iaitu pada 326 piksel per inci.

Pada paparan skrin utama ia memaparkan lima baris ikon. Ini akan membolehkan anda melihat pandangan penuh lima hari seminggu di dalam kalendar. Kalendar juga akan menunjukkan peristiwa-peristiwa dengan lebih banyak, dan semua aplikasi iWork akan lebih unggul dengan paparan yang lebih besar. Apple juga menjanjikan bahawa paparan filem pada skrin lebar akan kelihatan lebih baik, dengan ketepuan warna yang 44 peratus lebih daripada iPhone 4S.

Pengesan sentuhan kini dibina di dalam paparan itu sendiri, yang menjadikannya 30 peratus lebih nipis dan kurang terdedah kepada silau. iPhone 5 juga membetulkan kecacatan reka bentuk yang kita mula-mula lihat di iPhone 4. Di mana Apple menggantikan luaran kaca kepada logam disebabkan iPhone 4 atau 4S akan retak selepas terjatuh. Kembali kepada logam mengingatkan ia kepada rekabentuk iPhone yang asal.

LTE dan pembawa


Ia bukanlah satu kejutan dimana iPhone 5 akan menyokong rangkaian 4G LTE. Hal ini kerana terdapat khabar angin yang mengatakannya sebelum ini. Rangkaian 4G LTE adalah tambahan sokongan semasa untuk GPRS, EDGE, EV-DO, dan HSPA rangkaian data. LTE mempunyai cip tunggal bagi suara dan data, cip radio tunggal, dan "antena dinamik" yang akan beralih sambungan antara rangkaian yang berlainan secara automatik. Bagi pembawa tanpa LTE, iPhone 5 akan menggunakan jalur dwi-3.5G HDPA+.

Cip yang lebih pantas


iPhone 5 akan menawarkan cip A6, di mana ia dua kali lebih cepat berbanding cip A5 yang asal. Dan semestinya grafik juga turut mendapat kelajuan yang lebih pantas. Namun, di sebalik prestasi lebih pantas, cip baru akan menjadi 22 peratus lebih kecil daripada A5. Berdasarkan spesifikasi iPhone 5, pengguna akan melihat laman web 2.1 kali lebih cepat dan aplikasi Muzik dengan 1.9 kali lebih cepat.

Bateri yang tahan lama

Dengan menggunakan LTE, ini akan menyebabkan bateri cepat habis, tetapi iPhone 5 bersedia untuk memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama. Sudah tentu, cerita sebenar mungkin berbeza, tetapi Apple berjanji pengguna akan mendapatkan 8 jam masa bercakap, 8 jam melayari LTE, 10 jam melayari Wi-Fi, 10 jam menonton video, 40 jam mendengar muzik dan 225 jam tanpa melakukan apa-apa.

Kamera


Kamera iSight akan kekal pada 8 megapixel (dengan resolusi terbaik 3264 x2, 448 piksel) dengan beberapa penambahbaikkan iaitu pencahayaan bahagian belakang, penapis hibrid IR, lima elemen kanta dan f2 0,4 aperture. Ia juga dilengkapi dengan mod cahaya dinamik yang baru, dimana anda boleh menggunakan aplikasi fotografi sehingga 2.1 kali lebih cepat.

Kamera kedua atau kamera depan juga kini boleh merakam video HD 720p. Resolusi video juga kekal dengan 1080p HD, walaupun penstabilan imej telah bertambah baik dan pengesanan muka kini boleh didapati dalam klip untuk sehingga 10 orang. Dan apa yang bagusnya, anda boleh mengambil gambar semasa anda merakam video.

Audio


iPhone 5 juga dilengkapi 3 mikrofon tambahann dimana ia terletak di bahagian bawah, di muka hadapan telefon bimbit dan di sebelah belakang.

Penyambung dok kecil, lebih kecil kad SIM


Pada bahagian bawah iPhone 5, terdapat dok penyambung baru dan ia juga lebih kecil dimana ia dipanggil "Lightning". Khabar angin yang mengatakan kad sim yang digunakan adalah benar dan mungkin perkara ini menyebabkan pembeli Malaysia untuk berfikir sejenak sebelum membeli.

IOS 6

iPhone 5 akan diperkenalkan dengan iOS 6. Tarikan utama termasuk aplikasi Peta Apple yang terbaru, PassBook, kemaskini Siri, dan FaceTime. IOS 6 boleh didapati untuk di muat turun pada hari rabu, 19 September.

Pocket Tablet: Telefon Pintar Dan Tablet Dalam 1 Peranti

Wednesday, September 12, 2012


Walaupun kebanyakan kita masih belum meminati tablet berbanding komputer riba, generasi Sony seterusnya sudah memikirkan mengenai cara untuk memisahkan jurang antara telefon pintar dan tablet. Disini adalah konsep Pocket Tablet, yang merupakan pergabungan dua gajet antara telefon pintar dan tablet. Peranti ini menggabungkan teknologi terbaru seperti skrin OLED yang fleksibel yang boleh dilipat keluar untuk menjadikan ia tablet. Konsep ini hasil rekaan Patrik Eriksson.




Hexapot : Periuk Diperbuat Daripada Kertas


Hexapot merupakan periuk kertas yang dihasilkan oleh Energia USA. Untuk menggunakannya anda hanya perlu lipat kertas yang didatangkan dalam keadaan rata kepada bentuk heksagon.


Memandangkan ia diperbuat daripada kertas, ia boleh dikitar semula, boleh dijadikan bahan kompos dan 100% biodegradasi. Ia mengambil masa selama 24 hingga 36 bulan untuk mereput apabila dibuang. Ia dikeluarkan dalam 2 versi iaitu outdoor dan survival kit.


Ia boleh bertahan selama 10 minit pada suhu 100°C sebelum ia terbakar. Selain itu, ia tidak akan terbakar jika mempunyai isi didalamnya walaupun berapa lama dipanaskan. Daripada bahan apakah hexapot ini dihasilkan tidak pula diberitahu tetapi hexapot ini pasti akan memudahkan kita untuk memasak ketika berkhemah.
Berharga $2.99 ( RM9) untuk saiz kecil dan $3.99 ( RM 12 ) bagi saiz besar,anda boleh dapatkan di laman HEXAPOT.

Cook Simulator: Mengasah Bakat Memasak Anda

Sunday, September 09, 2012


Penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik Jepun ini sesuai untuk perempuan moden masa kini untuk mengembalikan era memasak yang kini dikuasai oleh lelaki. Penyelidik Jepun telah berjaya mereka bentuk simulator memasak, yang meniru keseluruhan proses dengan teliti. Ia membawa bersama teknologi dan memasak didalam kuali yang dikaitkan dengan beberapa sensor.

Anda hanya perlu memegang kuali dan menggerakkan tangan anda hanya cara yang anda lakukan semasa memasak. Pereka menggunakan paparan yang diunjurkan dan sistem daya maklum balas untuk melihat keseluruhan proses projek memasak maya pada skrin telus di atas kuali. Dengan simulator anda boleh kacau sehingga bahan-bahan maya mendidih dalam kuali dan pada akhirnya, anda boleh melihat hasil maya memasak anda ibarat seperti realiti.

Selain itu, simulator juga boleh menunjukkan kelembapan didalam piring, perubahan bahan ketika dipanaskan dan juga perubahan warna bahan semasa anda memasak mereka. Teknologi pintar ini mungkin menjadi bantuan pembelajaran besar untuk perempuan moden dan juga tukang masak yang bercita-cita tinggi.

Rover 2.0: Kereta Kebal Pengintip


Selepas ini anda perlu berhati-hati dalam melakukan segala aktiviti. Hal ini kerana Rover 2.0 iaitu gajet kereta kebal yang boleh menyelinap ke tempat rahsia dan menangkap gambar dan video. Kereta kebal ini juga merupakan peranti pintar juga mempunyai fungsi penglihatan malam. Ini bermaksud ia boleh merakam video pada waktu malam walaupun ia adalah salah satu daripada barang kecil yang murah dalam keupayaan untuk menangkap video dan foto.


Anda boleh mengawal kereta kebal ini dari IOS bersepadu atau Android app dan menghantar video terus ke telefon pintar atau tablet anda dengan segera. Rover 2.0 dikawal dengan bantuan slider yang membolehkan ia bergerak secara rolling atau berhenti. Malangnya ia menggunakan bateri AA dan bateri tersebut akan cepat habis kuasa dan tidak boleh dicas semula. Kereta kebal Rover 2.0 secara rasmi akan dijual pada bulan Oktober dengan harga $150 di laman Brookstone.



Hövding: Topi Keledar Ghaib



Ini bukan satu penipuan tetapi ia adalah kehidupan moden bagi menampilkan pengguna basikal agar kelihatan lebih bergaya. Kini topi keledar ghaib telah berjaya dihasilkan secara realiti dan dijual untuk penunggang basikal. Topi keledar ghaib ini dikenali Hövding (panggilan Sweden untuk "penghulu").


Topi keledar ghaib ini telah mengambil masa selama tujuh tahun dan menggunakan $10 juta dana untuk membangunkan dari konsep kepada produk. Ia sebenarnya adalah beg udara berbentuk topi keledar yang akan terhasil diatas permintaan atau ketika berlaku kecemasan untuk menyelamatkan tengkorak kepala anda. Untuk lebih memahami bolehlah menonton video di bawah.

Anda boleh membeli topi keledar ghaib ini dengan hanya $600 di laman Hövding.


 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik