Pada tahun lepas, Apple melancarkan iPad Air sebagai generasi kelima iPad mereka. Kini berkemungkinan juga Apple akan memperkenalkan iPhone Air sebagai generasi keenam bagi telefon pintar mereka. Ketebalan konsep iPhone 6 Air ini kira-kira satu perlima daripada ketebalan iPhone 5. Ketebalan minimum yang dijangka adalah 1.5 mm dan maksimum sebanyak 3 mm. Badan iPhone 6 Air ini sudah tentulah daripada logam seperti yang sebelum ini.
Konsep iPhone 6 Air inidi lengkapi kamera 10 megapiksel dengan dua flash. Walaubagaimanapun, konsep iPhone 6 Air ini tiada bingkai di sebelah kiri dan kanan paparan dan skrin yang bersaiz 5 inci terbentang lebar dikeseluruhan panel hadapan. Ini akan menyebabkan skrin mudah untuk sumbing atau pecah. Telefon pintar ini mempunyai 13 cm panjang dan 6 cm lebar. Berkemungkinan iPhone 6 Air menerima pemproses lebih berkuasa dan kapasiti bateri yang lebih besar. Walau bagaimanapun, masih tidak dapat difahami bagaimana mereka dapat menghasilkan badan yang amat nipis. Realiti atau tidak, tunggu pengumuman daripada pihak Apple. Apa yang pasti, konsep ini sangat futuristik dan luar biasa.
Pada tahun lepas dapat disaksikan banyak syarikat peranti mengeluarkan jam pintar mereka. Kini Apple juga turut dipercayai sedang giat merancang untuk pengeluaran jam tangan pintar mereka yang yang dipanggil iWatch. Untuk pengetahuan jenama ini telah berdaftar di beberapa negara. Jam tangan pintar iWatch menggunakan iOS 7 sebagai sitem operasi.
Dalam konsep rekabentuk ini diperhatikan ianya sama seperti peranti Apple yang lain. Menurut perekanya Martin Hájek, dia membuat keputusan rekabentuk dengan berpegang kepada konsep realistik. Hal ini kerana peranti organik perlu serasi dengan manusia. Jam tangan pintar iWatch ini mempunyai paparan melengkung yang besar dan badannya diperbuat daripada aluminium dan Kevlar.
Spesifikasi jam tangan pintar iWatch juga sangat terbaik kerana ia dilengkapi dengan Wi-Fi dan Bluetooth, disamping mempunyai kapasiti simpanan 32 GB. Ia juga dilengkapi kamera bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video. Jam tangan pintar iWatch juga dipercayai dilengkapi dengan Siri, supaya anda boleh berinteraksi dengan ia hanya menggunakan arahan suara sahaja. jam iWatch boleh menjejaki tingkah laku pemilik dan memberikan maklumat ini pada iPhone atau iPad anda. Adakah ia akan menjadi realiti sama-sama kita nantikan.
Semua sedia maklum tahun 2014 dan mendatang menjanjikan teknologi-teknologi yang sukar dijangkau oleh pemikiran manusia. Kini Kisah Gajet kembali membawakan berita-berita gajet dan teknologi terkini setelah sepi pada 2013 disebabkan sibuk dengan pengajian.
Berbalik kepada tajuk, untuk menangkap gambar 360 darjah amatlah sukar dengan kamera biasa. Walaupun menggunakan fotografi udara juga sukar untuk mendapatkan sudut yang ingin dicapai. Tapi kini ia boleh dilakukan mudah dengan menggunakan Panono.
Panono adalah kamera panorama yang berbentuk bola. Ia dilengkapi 36 kamera bererolusi 108 MP bagi menghasilkan gambar 360 darjah yang bermutu dan berkualiti. Panono hanyalah sebesar 11 cm diameter dan beratnya hanya 300 g sahaja. Cukup ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Panono sesuai untuk lokasi yang sibuk, seperti parti, festival muzik atau konvensyen. Ia akan menangkap gambar semua orang dan segala-galanya yang berlaku pada masa itu. Imej-imej yang kemudiannya dipratonton menggunakan aplikasi Panono dalam IOS dan Android, sebelum digabungkan dan diarkibkan untuk dikongsi di Web.
Kini, pasukan Panono masih menjalankan kempen di Indiegogo bagi menjadikan ia lebih murah. Kempen ini memerlukan $900,000 untuk menjadikan ia realiti. Bagi yang menginginkannya bolehlah menempah dengan harga $549 untuk satu unit dan jika anda merupakan 600 orang yang pertama anda berpeluang untuk memilikinya dengan harga $499 sahaja.
Green’s Voice adalah peranti pembesar suara yang menggunakan botol terpakai sebagai alat untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan padu. Selain itu, ia dilengkapi getah penyumbat yang direka sendiri bagi membolehkan ia dipasang pada botol dengan mudah. Ia adalah peranti yang kreatif, dimana anda boleh menyambung ke mana-mana botol untuk mewujudkan pembesar suara anda sendiri dengan serta-merta.
Peranti ini adalah konsep bagi mengurangkan jumlah bahan yang digunakan dalam penghasilan pembesar suara. Selain itu ia merupakan konsep peranti yang lestari kerana menggunakan bahan “biodegradable PLA”. Apa yang menarik ialah ia menggunakan bateri kertas untuk menjana peranti dan menawarkan 10 kali lebih lama jangka hayat daripada bateri litium biasa. Konsep peranti ini dihasilkan oleh Lin Nien-An dan Cheng Ya-Fang.
Kisai Zone memaparkan masa digital melalui komposisi heksagon yang diolah untuk menampakkan masa dengan lebih menarik. Konsep heksagon yang digunakan memudahkan pengguna untuk membaca masa dengan sepintas lalu. Kisai Zone jam tangan yang turut memperlihatkan tarikh, penggera dan EL backlighting dan ia didatangkan dalam empat warna bergaya LCD.
Paparan menunjukkan jam di atas, minit di tengah dan saat di bahagian bawah, dengan pecahan saat pada sebelah kanan skrin. Untuk menukar paparan kepada mod tarikh (bulan, hari dan tahun) hanya perlu tekan butang yang terdapat ditepi jam tangan. Reka bentuk mempunyai mod penggera dan latar EL yang menerangi paparan yang membuat ia lebih mudah untuk dibaca pada waktu malam.
Satu ciri menarik Kisai Zon adalah paparan yang sentiasa bergerak. Masa saat sentiasa berubah dan pecahan saat terus berputar. Animasi tambahan turut disertakan dengan membuat heksagon berputar sekitar skrin sekali setiap 15 minit yang boleh dilihat pada video dibawah. Kedua-dua ini animasi boleh dihidupkan atau dimatikan. Kisai Zone diperbuat daripada stainless steel, jadi anda tidak perlu risau sama ada ia akan berkarat ataupun tidak. Untuk mendapatkannya boleh layari di laman Kisai Zone dengan harga $139.00.
Jika anda seorang penggemar bertih semestinya alat cool ini menjadi idaman anda. Popinator ini secara automatik akan menembak bertih jagung ke mulut anda setiap kali anda mengatakan "pop". Walaupun ketika itu anda sedang berehat di sofa. Katakan saja "pop" semestinya ia akan menembak ke arah anda dengan tepat.
Popinator ini dilengkapi dengan mikrofon yang mengiktiraf perkataan utama iaitu "pop", kemudian memutuskan lokasi anda dan seterusnya melancarkan bertih jagung kearah anda dengan tepat.
Buat masa ini Popinator hanyalah prototaip dan ia masih di peringkat perancangan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Popinator tontonlah video di bawah.
Apple dikhabarkan akan membuat pengumuman iPad mini pada Oktober ini. Oleh sebab yang demikian, terdapat begitu banyak khabar angin mengenainya. Antaranya khabar angin mengatakan iPad mini adalah iPhone 5. Dan hari ini beberapa gambar rekabentuk iPad mini telah bocor yang diterbitkan oleh Bolopad.com dan Nowhereelse.fr
Gambar tersebut menunjukkan sebuah iPad mini yang kelihatan lebih nipis dan kecil yang menggunakan 9-pin penyambung pelabuhan dok dan satu kamera belakang yang masih tidak diketahuo berapa megapixelnya. iPad mini juga dikhabarkan dikhabarkan akan menampilkan paparan yang bersaiz 7.85 inci dan ia dilaporkan akan berharga antara $ 249 dan $ 299.
Kini syarikat SharperImage telah mengeluarkan pasu yang boleh membekalkan air kepada pokok selama 4 bulan. Semasa penyiraman air ke dalam pasu air akan disimpan. Ini akan memudahkan penjagaan pokok dan menghilangkan kerisauan pokok yang ditanam akan mati. Pasu ini menggunakan lapisan dan sumbu yang direka khas untuk menarik dan menyerap air dari kebuk vakum bagi menyediakan tahap penghidratan yang sempurna untuk tumbuhan. Untuk mendapatkannya boleh membuat pembelian di laman Sharperimage dengan harga $39 setiap satu.
Perangkap serangga keluaran syarikat Inadays ini bukan sahaja cantik dipandang tetapi ianya juga dilengkapi dengan teknologi inovatif yang terkini untuk menarik serangga ke dalam perangkap. Disebabkan ia mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik membolehkan anda meletakkannya di mana jua anda suka. Inatrap menggunakan cahaya LED yang lembut dan reaksi foto-pemangkin, ia menghasilkan CO2 hangat seakan-akan nafas manusia.
Serangga terbang seperti nyamuk akan tertarik lalu menghampiri perangkap sehingga mereka disedut oleh kipas ke dalam sangkar. Anda tidak perlu berasa bersalah kerana berlaku kejam. Hal ini kerana cara ini tidak membunuh serangga tersebut kerana ia hanya berfungsi untuk memerangkap serangga sahaja. Anda boleh dapatkannya di Amazondengan harga $80.
Topi keledar ini dihasilkan oleh Exertion Games Lab dari Universiti RMIT, Australia. Topi keledar ini diciptakan untuk membenarkan si pemakai untuk berkomunikasi dengan orang awam dengan isyarat lampu. Ini lebih memudahkan pemakai daripada menggunakan syarat tangan.
Dilengkapi dengan 104 lampu LED yang dikawal oleh mikropengawal Arduino. Ia membolehkan si pemakai menggunakan topi keledar ini sebagai penunjuk isyarat hanya dengan menggerakkan kepala. Bukan itu sahaja,lampu di topi keledar ini juga boleh dintegrasikan dengan alunan musik.
Pembinaan topi keledar ini juga ingin menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan yang mesra alam seperti basikal. Jika anda adalah pengayuh basikal untuk kemana-mana, pasti topi keledar ini tidak ketinggalan untuk dimiliki. Tetapi malangnya topi ini masih dalam peringkat pembinaan dan tidak diketahui bila ia akan ke pasaran.
Papan luncur elektrik ini dilengkapi dengan motor berkuasa 850 Watt untuk setiap tayar. Oleh sebab yang demikian, papan luncur ini boleh memecut dari 0 hingga 45 km/j hanya dalam masa 1.9 saat dan 45 km/j yang juga merupakan kelajuan tertinggi papan luncur ini.
Dengan kelajuan sebegini, ia boleh bergerak dengan mudah di atas jalan yang tidak rata dan mempunyai kadar pecutan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta yang ada di jalan raya sekarang.
Ia didatangkan dengan 3 model dengan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tertentu. Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan juga mahal yang pasti membuatkan ia sukar dimiliki. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke laman Gnarboard.
Apple secara rasmi telah mengumumkan iPhone 5 yang secara teknikal adalah iPhone yang ke 6 selepas iPhone 4s. Sejak dari tahun lepas lagi kita telah mendengar beribu-ribu khabar angin bahawasanya ia mungkin menggunakan LTE, sama ada iPhone 5 adalah iPad mini, paparan yang lebih tinggi, dan penyambung direka semula menyerupai tidbits. Mujurlah, kini segala spekulasi boleh dilupakan setelah Apple mengumumkannya.
Lebih tinggi, nipis dan kembali kepada luaran logam
Seperti yang dijangka, iPhone baru kini 18 peratus nipis (0.30 inci vs 0,37 inci tebal) daripada iPhone 4S. Apple juga turut mengatakan ia adalah telefon bimbit paling nipis setakat ini. Ini bermakna ia juga 20 peratus lebih ringan dengan beratnya 111.98 gram. Paparan Retina juga turut mengembang dari 3.5 inci (saiz sejak iPhone asal) kepada 4 inci. Tetapi resolusinya tetap sama iaitu pada 326 piksel per inci.
Pada paparan skrin utama ia memaparkan lima baris ikon. Ini akan membolehkan anda melihat pandangan penuh lima hari seminggu di dalam kalendar. Kalendar juga akan menunjukkan peristiwa-peristiwa dengan lebih banyak, dan semua aplikasi iWork akan lebih unggul dengan paparan yang lebih besar. Apple juga menjanjikan bahawa paparan filem pada skrin lebar akan kelihatan lebih baik, dengan ketepuan warna yang 44 peratus lebih daripada iPhone 4S.
Pengesan sentuhan kini dibina di dalam paparan itu sendiri, yang menjadikannya 30 peratus lebih nipis dan kurang terdedah kepada silau. iPhone 5 juga membetulkan kecacatan reka bentuk yang kita mula-mula lihat di iPhone 4. Di mana Apple menggantikan luaran kaca kepada logam disebabkan iPhone 4 atau 4S akan retak selepas terjatuh. Kembali kepada logam mengingatkan ia kepada rekabentuk iPhone yang asal.
LTE dan pembawa
Ia bukanlah satu kejutan dimana iPhone 5 akan menyokong rangkaian 4G LTE. Hal ini kerana terdapat khabar angin yang mengatakannya sebelum ini. Rangkaian 4G LTE adalah tambahan sokongan semasa untuk GPRS, EDGE, EV-DO, dan HSPA rangkaian data. LTE mempunyai cip tunggal bagi suara dan data, cip radio tunggal, dan "antena dinamik" yang akan beralih sambungan antara rangkaian yang berlainan secara automatik. Bagi pembawa tanpa LTE, iPhone 5 akan menggunakan jalur dwi-3.5G HDPA+.
Cip yang lebih pantas
iPhone 5 akan menawarkan cip A6, di mana ia dua kali lebih cepat berbanding cip A5 yang asal. Dan semestinya grafik juga turut mendapat kelajuan yang lebih pantas. Namun, di sebalik prestasi lebih pantas, cip baru akan menjadi 22 peratus lebih kecil daripada A5. Berdasarkan spesifikasi iPhone 5, pengguna akan melihat laman web 2.1 kali lebih cepat dan aplikasi Muzik dengan 1.9 kali lebih cepat.
Bateri yang tahan lama
Dengan menggunakan LTE, ini akan menyebabkan bateri cepat habis, tetapi iPhone 5 bersedia untuk memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama. Sudah tentu, cerita sebenar mungkin berbeza, tetapi Apple berjanji pengguna akan mendapatkan 8 jam masa bercakap, 8 jam melayari LTE, 10 jam melayari Wi-Fi, 10 jam menonton video, 40 jam mendengar muzik dan 225 jam tanpa melakukan apa-apa.
Kamera
Kamera iSight akan kekal pada 8 megapixel (dengan resolusi terbaik 3264 x2, 448 piksel) dengan beberapa penambahbaikkan iaitu pencahayaan bahagian belakang, penapis hibrid IR, lima elemen kanta dan f2 0,4 aperture. Ia juga dilengkapi dengan mod cahaya dinamik yang baru, dimana anda boleh menggunakan aplikasi fotografi sehingga 2.1 kali lebih cepat.
Kamera kedua atau kamera depan juga kini boleh merakam video HD 720p. Resolusi video juga kekal dengan 1080p HD, walaupun penstabilan imej telah bertambah baik dan pengesanan muka kini boleh didapati dalam klip untuk sehingga 10 orang. Dan apa yang bagusnya, anda boleh mengambil gambar semasa anda merakam video.
Audio
iPhone 5 juga dilengkapi 3 mikrofon tambahann dimana ia terletak di bahagian bawah, di muka hadapan telefon bimbit dan di sebelah belakang.
Penyambung dok kecil, lebih kecil kad SIM
Pada bahagian bawah iPhone 5, terdapat dok penyambung baru dan ia juga lebih kecil dimana ia dipanggil "Lightning". Khabar angin yang mengatakan kad sim yang digunakan adalah benar dan mungkin perkara ini menyebabkan pembeli Malaysia untuk berfikir sejenak sebelum membeli.
IOS 6
iPhone 5 akan diperkenalkan dengan iOS 6. Tarikan utama termasuk aplikasi Peta Apple yang terbaru, PassBook, kemaskini Siri, dan FaceTime. IOS 6 boleh didapati untuk di muat turun pada hari rabu, 19 September.
Hexapot merupakan periuk kertas yang dihasilkan oleh Energia USA. Untuk menggunakannya anda hanya perlu lipat kertas yang didatangkan dalam keadaan rata kepada bentuk heksagon.
Memandangkan ia diperbuat daripada kertas, ia boleh dikitar semula, boleh dijadikan bahan kompos dan 100% biodegradasi. Ia mengambil masa selama 24 hingga 36 bulan untuk mereput apabila dibuang. Ia dikeluarkan dalam 2 versi iaitu outdoor dan survival kit.
Ia boleh bertahan selama 10 minit pada suhu 100°C sebelum ia terbakar. Selain itu, ia tidak akan terbakar jika mempunyai isi didalamnya walaupun berapa lama dipanaskan. Daripada bahan apakah hexapot ini dihasilkan tidak pula diberitahu tetapi hexapot ini pasti akan memudahkan kita untuk memasak ketika berkhemah.
Berharga $2.99 ( RM9) untuk saiz kecil dan $3.99 ( RM 12 ) bagi saiz besar,anda boleh dapatkan di laman HEXAPOT.