Showing posts with label Konsep. Show all posts
Showing posts with label Konsep. Show all posts

Apple iPhone 6 Air

Tuesday, January 14, 2014

Pada tahun lepas, Apple melancarkan iPad Air sebagai generasi kelima iPad mereka. Kini berkemungkinan juga Apple akan memperkenalkan iPhone Air sebagai generasi keenam bagi telefon pintar mereka. Ketebalan konsep iPhone 6 Air ini kira-kira satu perlima daripada ketebalan iPhone 5. Ketebalan minimum yang dijangka adalah 1.5 mm dan maksimum sebanyak 3 mm. Badan iPhone 6 Air ini sudah tentulah daripada logam seperti yang sebelum ini.


Konsep iPhone 6 Air ini di lengkapi kamera 10 megapiksel dengan dua flash. Walaubagaimanapun, konsep iPhone 6 Air ini tiada bingkai di sebelah kiri dan kanan paparan dan skrin yang bersaiz 5 inci terbentang lebar dikeseluruhan panel hadapan. Ini akan menyebabkan skrin mudah untuk sumbing atau pecah. 

Telefon pintar ini mempunyai 13 cm panjang dan 6 cm lebar. Berkemungkinan iPhone 6 Air menerima pemproses lebih berkuasa dan kapasiti bateri yang lebih besar. Walau bagaimanapun, masih tidak dapat difahami bagaimana mereka dapat menghasilkan badan yang amat nipis. Realiti atau tidak, tunggu pengumuman daripada pihak Apple. Apa yang pasti, konsep ini sangat futuristik dan luar biasa.






iWatch: Jam tangan pintar Apple

Monday, January 13, 2014

Pada tahun lepas dapat disaksikan banyak syarikat peranti mengeluarkan jam pintar mereka. Kini Apple juga turut dipercayai sedang giat merancang untuk pengeluaran jam tangan pintar mereka yang yang dipanggil iWatch. Untuk pengetahuan jenama ini telah berdaftar  di beberapa negara. Jam tangan pintar iWatch menggunakan iOS 7 sebagai sitem operasi.

Dalam konsep rekabentuk ini diperhatikan ianya sama seperti peranti Apple yang lain. Menurut perekanya Martin Hájek, dia membuat keputusan rekabentuk dengan berpegang kepada konsep realistik. Hal ini kerana peranti organik perlu serasi dengan manusia. Jam tangan pintar iWatch ini mempunyai paparan melengkung yang besar dan badannya diperbuat daripada aluminium dan Kevlar.


Spesifikasi jam tangan pintar iWatch juga sangat terbaik kerana ia dilengkapi dengan Wi-Fi dan Bluetooth, disamping mempunyai kapasiti simpanan 32 GB. Ia juga dilengkapi kamera bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video. Jam tangan pintar iWatch juga dipercayai dilengkapi dengan Siri, supaya anda boleh berinteraksi dengan ia hanya menggunakan arahan suara sahaja. jam iWatch boleh menjejaki tingkah laku pemilik dan memberikan maklumat ini pada iPhone atau iPad anda. Adakah ia akan menjadi realiti sama-sama kita nantikan.



GAPS: Jam Tangan Berkonsep 12-5-9

Thursday, September 27, 2012

GAPS adalah konsep jam tangan yang sangat menarik. Ia memaparkan masa dengan mudah dan kemas dengan menggunakan konsep 12-5-9. Konsep 12-5-9 ini diterangkan dengan lebih lanjut pada gambar dibawah. Ia direka dengan warna perak dan ip versi hitam. Latar belakang paparan mempunyai salutan cat pencahayaan khas yang mampu menyediakan keluaran cahaya yang berterusan selama 20 tahun. Oleh yang demikian ia mampu meningkatkan hayat bateri. GAPS direkabentuk oleh Laszlo dari Hungary.






iGrow : Pasu Bunga Yang Membekalkan Air Selama Seminggu

Friday, September 14, 2012



iGrow dapat menyelesaikan masalah anda yang seringkali terlupa untuk menyiram pokok bunga. Hal ini kerana pasu ini akan membekalkan air yang mencukupi selama seminggu kepada pokok anda dengan hanya sekali siraman. Reka bentuk pasu ini juga ringkas dan inovatif yang membolehkan anda meletakkkanya di mana jua anda suka.


iGrow juga dapat menghalang daripada pembiakan nyamuk dan tumpahan air memandangkan tempat tadahan air adalah tertutup. Pasu yang direka oleh Physic Factory ini juga adalah rekaan prototaip dan sama ada ia akan dihasilkan untuk jualan masih tidak diketahui.

Pocket Tablet: Telefon Pintar Dan Tablet Dalam 1 Peranti

Wednesday, September 12, 2012


Walaupun kebanyakan kita masih belum meminati tablet berbanding komputer riba, generasi Sony seterusnya sudah memikirkan mengenai cara untuk memisahkan jurang antara telefon pintar dan tablet. Disini adalah konsep Pocket Tablet, yang merupakan pergabungan dua gajet antara telefon pintar dan tablet. Peranti ini menggabungkan teknologi terbaru seperti skrin OLED yang fleksibel yang boleh dilipat keluar untuk menjadikan ia tablet. Konsep ini hasil rekaan Patrik Eriksson.




Cook Simulator: Mengasah Bakat Memasak Anda

Sunday, September 09, 2012


Penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik Jepun ini sesuai untuk perempuan moden masa kini untuk mengembalikan era memasak yang kini dikuasai oleh lelaki. Penyelidik Jepun telah berjaya mereka bentuk simulator memasak, yang meniru keseluruhan proses dengan teliti. Ia membawa bersama teknologi dan memasak didalam kuali yang dikaitkan dengan beberapa sensor.

Anda hanya perlu memegang kuali dan menggerakkan tangan anda hanya cara yang anda lakukan semasa memasak. Pereka menggunakan paparan yang diunjurkan dan sistem daya maklum balas untuk melihat keseluruhan proses projek memasak maya pada skrin telus di atas kuali. Dengan simulator anda boleh kacau sehingga bahan-bahan maya mendidih dalam kuali dan pada akhirnya, anda boleh melihat hasil maya memasak anda ibarat seperti realiti.

Selain itu, simulator juga boleh menunjukkan kelembapan didalam piring, perubahan bahan ketika dipanaskan dan juga perubahan warna bahan semasa anda memasak mereka. Teknologi pintar ini mungkin menjadi bantuan pembelajaran besar untuk perempuan moden dan juga tukang masak yang bercita-cita tinggi.

Video: Adakah iPhone 5 ialah iPad Mini ?

Friday, September 07, 2012


Terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan bahawasanya iPad Mini adalah iPhone 5. Jadi untuk mengetahui kebenaran silalah tengok video dibawah. Di dalam video tersebut juga menunjukkan beberapa ciri-ciri konsep yang mungkin terdapat didalam iPhone 5 iaitu pengecasan tanpa wayar, pengimbasan cap jari dan versi terkini Siri yang boleh berkomunikasi dengan mesin pintar lain di seluruh dunia.



Wave Electric Violin

Tuesday, September 04, 2012



Wave Electric Violin
adalah konsep biola yang dicadangkan untuk Yamaha yang merupakan pengeluar nombor satu dalam industri ini. Reka bentuk konsep ini telah diilhamkan oleh pengalaman pereka sebagai pemain biola selama 10 tahun iaitu Jaewon Hwang. Dia telah menyedari bahawa bermain biola memerlukan banyak amalan dan postur yang betul untuk bermain dengan cantik, untuk itu para pemain memerlukan teknologi yang betul untuk meningkatkan prestasi mereka dengan lebih cepat dan mudah.


Wave Electric Violin dibuat daripada honeycomb aluminium yang berkilat supaya ia menjadi lebih ringan bagi membuat anda berasa kurang keletihan. Selain itu, bahagian dan sudut keseluruhan perbezaan antara empat rentetan adalah sama dengan biola akustik. Jadi, anda boleh menukar antara akustik dan elektrik bila-bila masa anda mahu.









Iris: Mengawal Kamera Menggunakan Mata

Monday, September 03, 2012


Iris merupakan kamera yang hanya menggunakan mata kita sendiri untuk mengawalnya. Ia akan mengesan pergerakan bebola mata kita dan membolehkan pengguna menangkap apa yang mereka lihat.


Ia direka oleh Mimi Zou,seorang pelajar dari Royal College of Art, Iris dikawal dengan cara mengelip dan menggerakkan bebola mata anda. Ia boleh mengecam subjek yang diambil apabila ia fokus pada mata subjek tersebut.


Untuk ‘zoom in’, pengguna hanya perlu merapatkan kelopak mata dan untuk mengambil gambar pula pengguna perlu kelip mata dua kali. Kamera ini juga boleh muat naik gambar melalui rangkaian Wi Fi atau di simpan di kad SD. Walaupun kamera ini hanya sebuah konsep dan tidak mungkin wujud ianya tetap cool.

i Pedelec: Basikal Elektrik BMW

Saturday, September 01, 2012



BMW i Pedelec merupakan konsep basikal kompak yang dilengkapi dengan sebuah motor elektrik, 'disc brake', badan yang diperbuat daripada aluminium dan karbon, dan bateri ion yang mampu membawa penunggang sejauh 25km hingga 40km. Basikal ini dibina berdasarkan konsep kereta elektrik mereka iaitu BMW i3.

Berita baiknya, ia hanya mengambil masa empat jam atau 1.5 jam dengan menggunakan 'quick charge' untuk bateri kosong dicaj sepenuhnya, sama ada menggunakan soket palam domestik atau di dalam but Konsep BMW I3. Konsep BMW i Pedelec ini boleh dilipat agar ia mudah untuk disimpan didalam kereta. Sehingga hari ini BMW masih tidak menyatakan bila basikal ini akan dikeluarkan dan berapa harganya.



Untuk melihat spesifikasi penuh basikal i Pedelec boleh merujuk kepada sumber.

Sumber: BMW

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik