Widgets

iPhone 5: Kegilaan Anda

Thursday, September 13, 2012




Apple secara rasmi telah mengumumkan iPhone 5 yang secara teknikal adalah iPhone yang ke 6 selepas iPhone 4s. Sejak dari tahun lepas lagi kita telah mendengar beribu-ribu khabar angin bahawasanya ia mungkin menggunakan LTE, sama ada iPhone 5 adalah iPad mini, paparan yang lebih tinggi, dan penyambung direka semula menyerupai tidbits. Mujurlah, kini segala spekulasi boleh dilupakan setelah Apple mengumumkannya.

Lebih tinggi, nipis dan kembali kepada luaran logam


Seperti yang dijangka, iPhone baru kini 18 peratus nipis (0.30 inci vs 0,37 inci tebal) daripada iPhone 4S. Apple juga turut mengatakan ia adalah telefon bimbit paling nipis setakat ini. Ini bermakna ia juga 20 peratus lebih ringan dengan beratnya 111.98 gram. Paparan Retina juga turut mengembang dari 3.5 inci (saiz sejak iPhone asal) kepada 4 inci. Tetapi resolusinya tetap sama iaitu pada 326 piksel per inci.

Pada paparan skrin utama ia memaparkan lima baris ikon. Ini akan membolehkan anda melihat pandangan penuh lima hari seminggu di dalam kalendar. Kalendar juga akan menunjukkan peristiwa-peristiwa dengan lebih banyak, dan semua aplikasi iWork akan lebih unggul dengan paparan yang lebih besar. Apple juga menjanjikan bahawa paparan filem pada skrin lebar akan kelihatan lebih baik, dengan ketepuan warna yang 44 peratus lebih daripada iPhone 4S.

Pengesan sentuhan kini dibina di dalam paparan itu sendiri, yang menjadikannya 30 peratus lebih nipis dan kurang terdedah kepada silau. iPhone 5 juga membetulkan kecacatan reka bentuk yang kita mula-mula lihat di iPhone 4. Di mana Apple menggantikan luaran kaca kepada logam disebabkan iPhone 4 atau 4S akan retak selepas terjatuh. Kembali kepada logam mengingatkan ia kepada rekabentuk iPhone yang asal.

LTE dan pembawa


Ia bukanlah satu kejutan dimana iPhone 5 akan menyokong rangkaian 4G LTE. Hal ini kerana terdapat khabar angin yang mengatakannya sebelum ini. Rangkaian 4G LTE adalah tambahan sokongan semasa untuk GPRS, EDGE, EV-DO, dan HSPA rangkaian data. LTE mempunyai cip tunggal bagi suara dan data, cip radio tunggal, dan "antena dinamik" yang akan beralih sambungan antara rangkaian yang berlainan secara automatik. Bagi pembawa tanpa LTE, iPhone 5 akan menggunakan jalur dwi-3.5G HDPA+.

Cip yang lebih pantas


iPhone 5 akan menawarkan cip A6, di mana ia dua kali lebih cepat berbanding cip A5 yang asal. Dan semestinya grafik juga turut mendapat kelajuan yang lebih pantas. Namun, di sebalik prestasi lebih pantas, cip baru akan menjadi 22 peratus lebih kecil daripada A5. Berdasarkan spesifikasi iPhone 5, pengguna akan melihat laman web 2.1 kali lebih cepat dan aplikasi Muzik dengan 1.9 kali lebih cepat.

Bateri yang tahan lama

Dengan menggunakan LTE, ini akan menyebabkan bateri cepat habis, tetapi iPhone 5 bersedia untuk memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama. Sudah tentu, cerita sebenar mungkin berbeza, tetapi Apple berjanji pengguna akan mendapatkan 8 jam masa bercakap, 8 jam melayari LTE, 10 jam melayari Wi-Fi, 10 jam menonton video, 40 jam mendengar muzik dan 225 jam tanpa melakukan apa-apa.

Kamera


Kamera iSight akan kekal pada 8 megapixel (dengan resolusi terbaik 3264 x2, 448 piksel) dengan beberapa penambahbaikkan iaitu pencahayaan bahagian belakang, penapis hibrid IR, lima elemen kanta dan f2 0,4 aperture. Ia juga dilengkapi dengan mod cahaya dinamik yang baru, dimana anda boleh menggunakan aplikasi fotografi sehingga 2.1 kali lebih cepat.

Kamera kedua atau kamera depan juga kini boleh merakam video HD 720p. Resolusi video juga kekal dengan 1080p HD, walaupun penstabilan imej telah bertambah baik dan pengesanan muka kini boleh didapati dalam klip untuk sehingga 10 orang. Dan apa yang bagusnya, anda boleh mengambil gambar semasa anda merakam video.

Audio


iPhone 5 juga dilengkapi 3 mikrofon tambahann dimana ia terletak di bahagian bawah, di muka hadapan telefon bimbit dan di sebelah belakang.

Penyambung dok kecil, lebih kecil kad SIM


Pada bahagian bawah iPhone 5, terdapat dok penyambung baru dan ia juga lebih kecil dimana ia dipanggil "Lightning". Khabar angin yang mengatakan kad sim yang digunakan adalah benar dan mungkin perkara ini menyebabkan pembeli Malaysia untuk berfikir sejenak sebelum membeli.

IOS 6

iPhone 5 akan diperkenalkan dengan iOS 6. Tarikan utama termasuk aplikasi Peta Apple yang terbaru, PassBook, kemaskini Siri, dan FaceTime. IOS 6 boleh didapati untuk di muat turun pada hari rabu, 19 September.

0 comment:

Post a Comment

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik