Widgets

iPhone 5 Kurang Inovatif Berbanding Samsung, Motorola & Nokia

Thursday, September 13, 2012

Tiada sebarang keraguan bahawasanya iPhone 5 akan menjadi hebat dengan jualan yang terpantas antara telefon pintar. Hal ini kerana ia menawarkan skrin yang lebih besar, kelajuan 4G LTE, Lightning, cip A6 dan sebagainya.

Tetapi sebaik-baik manapun iPhone 5, ia tetap masih mempunyai kekurangan dalam spesifikasi yang diharapkan oleh pengikut Apple seperti hayat bateri yang dua kali lebih lama berbanding mana-mana telefon di pasaran atau ciri-ciri kamera inovatif yang membolehkan anda memindahkan gambar dengan mudah hanya pada skrin, membuat pembayaran mudah alih atau lain-lain kegunaan yang tiada lagi di pasaran. Berikut merupakan kelebihan yang terdapat pada peranti lain yang tiada pada iPhone 5.

Nokia Lumia 920


Nokia Lumia 920 menawarkan sokongan NFC, kebolehan pengecasan tanpa wayar, dan juga kamera 8-megapixel dengan sokongan PureView. selain itu, Nokia Lumia 920 turut membawakan PureMotion HD+, dimana ia menawarkan paparan gambar yang lebih baik, termasuk gambar dan video yang lebih tajam berbanding kebiasaan yang pasti boleh menandingi atau mengatasi paparan iPhone 5.


Samsung Galaxy Note 2


Sementara itu, Samsung Galaxy Note 2 dilengkapi S pen stylus yang mampu menghasilkan beberapa helah dan memudahkan sesuatu kerja. Selain itu, ia turut disertakan aplikasi Adobe Photoshop Touch secara percuma.


Motorola Droid Razr Maxx HD


Selain itu, Motorola Droid Razr Maxx HD membawakan masa bertahan selama 21 jam, dan masa memainkan video menggunakan rangkaian LTE selama 10 jam lamanya. ini menunjukkan iPhone 5 juga tidak mampu menewaskan Motorola Droid Razr Maxx HD kerana ia mampu bertahan selama 8 jam masa bercakap.


Dengan kekurangan elemen gempak pasti membuatkan pembeli dan peminat iPhone untuk beralih kepada peranti yang lebih alternatif dan berkuasa seperti Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note 2 dan Motorola Droid Razr Maxx HD.

0 comment:

Post a Comment

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik