Widgets

Kad Diskaun Siswa

Saturday, September 01, 2012


Tahniah diucapkan kepada para pelajar baru yang akan mendaftarkan diri pada hari ini dan esok dalam program ijazah di IPT yang ditawarkan. Dan berita baiknya ialah anda berpeluang untuk memohon Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Kad ini diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu. Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.


Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M. Jadi ini bermakna bukan hanya untuk pelajar baru sahaja tapi pelajar kanan pon layak sekali. Dan yang paling best ialah kad ini diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysi dan caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian atau hilang. Tempoh sah penggunaan KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.



Antara syarikat dan permis perniagaan yang terlibat ialah KFC, A&W, The Lost World of Tambun, Bukit Merah Lake Town Resort, MYDIN, BORDERS, MPH Book Store, Kinokuniya Book Store, MAS dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut dan syarikat atau permis perniagaan yang terlibat boleh lihat di laman web KADS1M.

Untuk makluman anda semua, aku dah tanya dengan pihak Bank Rakyat. Mereka menyatakan KADS1M ini akan diuruskan oleh pihak universiti masing-masing. Pihak universiti akan menghantar permohonan kita kepada Bank Rakyat seterusnya dihantar melalui pos setelah kad tersebut siap.

0 comment:

Post a Comment

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik