Kad Diskaun Siswa

Saturday, September 01, 2012


Tahniah diucapkan kepada para pelajar baru yang akan mendaftarkan diri pada hari ini dan esok dalam program ijazah di IPT yang ditawarkan. Dan berita baiknya ialah anda berpeluang untuk memohon Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Kad ini diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu. Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.


Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M. Jadi ini bermakna bukan hanya untuk pelajar baru sahaja tapi pelajar kanan pon layak sekali. Dan yang paling best ialah kad ini diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysi dan caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian atau hilang. Tempoh sah penggunaan KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.



Antara syarikat dan permis perniagaan yang terlibat ialah KFC, A&W, The Lost World of Tambun, Bukit Merah Lake Town Resort, MYDIN, BORDERS, MPH Book Store, Kinokuniya Book Store, MAS dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut dan syarikat atau permis perniagaan yang terlibat boleh lihat di laman web KADS1M.

Untuk makluman anda semua, aku dah tanya dengan pihak Bank Rakyat. Mereka menyatakan KADS1M ini akan diuruskan oleh pihak universiti masing-masing. Pihak universiti akan menghantar permohonan kita kepada Bank Rakyat seterusnya dihantar melalui pos setelah kad tersebut siap.

Video: Old School vs. New School


Video kali ini berkisarkan apa yang akan terjadi jika permainan lama berlawan dengan permainan baru. Permainan manakah yang akan menang? Adakah permainan lama atau permainan baru? Jadi apa tunggu lagi, ayuh layan video di bawah.

i Pedelec: Basikal Elektrik BMW



BMW i Pedelec merupakan konsep basikal kompak yang dilengkapi dengan sebuah motor elektrik, 'disc brake', badan yang diperbuat daripada aluminium dan karbon, dan bateri ion yang mampu membawa penunggang sejauh 25km hingga 40km. Basikal ini dibina berdasarkan konsep kereta elektrik mereka iaitu BMW i3.

Berita baiknya, ia hanya mengambil masa empat jam atau 1.5 jam dengan menggunakan 'quick charge' untuk bateri kosong dicaj sepenuhnya, sama ada menggunakan soket palam domestik atau di dalam but Konsep BMW I3. Konsep BMW i Pedelec ini boleh dilipat agar ia mudah untuk disimpan didalam kereta. Sehingga hari ini BMW masih tidak menyatakan bila basikal ini akan dikeluarkan dan berapa harganya.



Untuk melihat spesifikasi penuh basikal i Pedelec boleh merujuk kepada sumber.

Sumber: BMW

Video: Skill Drift Parking

Friday, August 31, 2012


Jika anda seorang pemain kereta control, aku cabar korang semua untuk buat aksi drift parking macam dalam video dibawah sebab aku reti main drag je. hehee


p/s: Entah berapa banyak video dah yang mereka rakam semata-mata tapi apa-apa pun ni memang sangat superb!!

Dokumentari: 10 Tahun Sebelum Merdeka

Thursday, August 30, 2012



Tepat jam 12.00 tengah malam ni genaplah 55 tahun negara kita merdeka. Aku bangga apabila melihat Malaysia membangun dengan begitu pantas dan dinamik dalam pelbagai bidang. Aku pasti ketika disekolah kita diajarkan bagaimana orang-orang terdahulu banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata dalam mencapai kemerdekaan yang sehingga kini dapat dikecapi oleh kita. Oleh yang demikian kita mestilah menghargai dan mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi agar generasi mendatang dapat merasai apa yang kita rasai sekarang.



"....dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."

- Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957 –

Tapi tahukah kita bagaimana tertubuhnya parti politik berhaluan kiri. Disini aku sertakan video dokumentari oleh Fahmi Reza yang dibuat pada tahun 2007 lagi. Dokumentari ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.




Bagi mereka yang lupa Sejarah Kemerdekaan Malaysia bolehlah baca dan tengok video yang disertakan dalam Malaysia Merdeka.



 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik