Apple iPhone 6 Air

Tuesday, January 14, 2014

Pada tahun lepas, Apple melancarkan iPad Air sebagai generasi kelima iPad mereka. Kini berkemungkinan juga Apple akan memperkenalkan iPhone Air sebagai generasi keenam bagi telefon pintar mereka. Ketebalan konsep iPhone 6 Air ini kira-kira satu perlima daripada ketebalan iPhone 5. Ketebalan minimum yang dijangka adalah 1.5 mm dan maksimum sebanyak 3 mm. Badan iPhone 6 Air ini sudah tentulah daripada logam seperti yang sebelum ini.


Konsep iPhone 6 Air ini di lengkapi kamera 10 megapiksel dengan dua flash. Walaubagaimanapun, konsep iPhone 6 Air ini tiada bingkai di sebelah kiri dan kanan paparan dan skrin yang bersaiz 5 inci terbentang lebar dikeseluruhan panel hadapan. Ini akan menyebabkan skrin mudah untuk sumbing atau pecah. 

Telefon pintar ini mempunyai 13 cm panjang dan 6 cm lebar. Berkemungkinan iPhone 6 Air menerima pemproses lebih berkuasa dan kapasiti bateri yang lebih besar. Walau bagaimanapun, masih tidak dapat difahami bagaimana mereka dapat menghasilkan badan yang amat nipis. Realiti atau tidak, tunggu pengumuman daripada pihak Apple. Apa yang pasti, konsep ini sangat futuristik dan luar biasa.






iWatch: Jam tangan pintar Apple

Monday, January 13, 2014

Pada tahun lepas dapat disaksikan banyak syarikat peranti mengeluarkan jam pintar mereka. Kini Apple juga turut dipercayai sedang giat merancang untuk pengeluaran jam tangan pintar mereka yang yang dipanggil iWatch. Untuk pengetahuan jenama ini telah berdaftar  di beberapa negara. Jam tangan pintar iWatch menggunakan iOS 7 sebagai sitem operasi.

Dalam konsep rekabentuk ini diperhatikan ianya sama seperti peranti Apple yang lain. Menurut perekanya Martin Hájek, dia membuat keputusan rekabentuk dengan berpegang kepada konsep realistik. Hal ini kerana peranti organik perlu serasi dengan manusia. Jam tangan pintar iWatch ini mempunyai paparan melengkung yang besar dan badannya diperbuat daripada aluminium dan Kevlar.


Spesifikasi jam tangan pintar iWatch juga sangat terbaik kerana ia dilengkapi dengan Wi-Fi dan Bluetooth, disamping mempunyai kapasiti simpanan 32 GB. Ia juga dilengkapi kamera bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video. Jam tangan pintar iWatch juga dipercayai dilengkapi dengan Siri, supaya anda boleh berinteraksi dengan ia hanya menggunakan arahan suara sahaja. jam iWatch boleh menjejaki tingkah laku pemilik dan memberikan maklumat ini pada iPhone atau iPad anda. Adakah ia akan menjadi realiti sama-sama kita nantikan.



Panono: kamera 360 darjah

Sunday, January 12, 2014



Semua sedia maklum tahun 2014 dan mendatang menjanjikan teknologi-teknologi yang sukar dijangkau oleh pemikiran manusia. Kini Kisah Gajet kembali membawakan berita-berita gajet dan teknologi terkini setelah sepi pada 2013 disebabkan sibuk dengan pengajian.

Berbalik kepada tajuk, untuk menangkap gambar 360 darjah amatlah sukar dengan kamera biasa. Walaupun menggunakan fotografi udara juga sukar untuk mendapatkan sudut yang ingin dicapai. Tapi kini ia boleh dilakukan mudah dengan menggunakan Panono.
















Panono adalah kamera panorama yang berbentuk bola. Ia dilengkapi 36 kamera bererolusi 108 MP bagi menghasilkan gambar 360 darjah yang bermutu dan berkualiti. Panono hanyalah sebesar 11 cm diameter dan beratnya hanya 300 g sahaja. Cukup ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Panono sesuai untuk lokasi yang sibuk, seperti parti, festival muzik atau konvensyen. Ia akan menangkap gambar semua orang dan segala-galanya yang berlaku pada masa itu. Imej-imej yang kemudiannya dipratonton menggunakan aplikasi Panono dalam IOS dan Android, sebelum digabungkan dan diarkibkan untuk dikongsi di Web.

Kini, pasukan Panono masih menjalankan kempen di Indiegogo bagi menjadikan ia lebih murah. Kempen ini memerlukan $900,000 untuk menjadikan ia realiti. Bagi yang menginginkannya bolehlah menempah dengan harga $549 untuk satu unit dan jika anda merupakan 600 orang yang pertama anda berpeluang untuk memilikinya dengan harga $499 sahaja.  


 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik