Widgets

Wikipad: Tablet Permainan konsol mudah alih

Friday, September 07, 2012


Wikipad ialah tablet permainan konsol mudah alih yang memberi sepenuh hiburan dengan ciri-ciri terkini dan spesifikasi yang dipertingkatkan termasuklah pengawal gamepad, skrin bersaiz 10.1 inci, casis ultra yang ringan, pemproses quad-core Nvidia dan versi antena 3G. Selain itu, ia turut menginteragasikan Android bagi membolehkan ia berfungsi seperti tablet lain.



Wikipad juga boleh memuat turun permainan dari Nvidia's Tegra Zone store, Google Play dan platform PlayStation Mobile. Pengawal gamepad Wikipad memiliki ciri yang unik iaitu mempunyai dua batang analog, pad berarah dan empat butang. Ini membuatkan ia kelihatan sama seperti pengawal PlayStation 3 dan Xbox 360.




Kini secara rasminya Wikipad akan dijual dengan harga $499 bermula pada 31 Oktober. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke laman Wikipad.



0 comment:

Post a Comment

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik