Widgets

Bracer of Battery Life +2: Gelang Pengecas Bateri

Thursday, September 06, 2012


Telefon bimbit adalah keperluaan dalam aktiviti seharian. Dengannya kita mampu untuk menghiburkan diri dengan mendengar muzik, menonton video, bermain game dan melayari internet atau laman sosial. Tapi perkara yang membuatkan mood kita terganggu ialah apabila telefon bimbit kehabisan bateri. Hal ini kerana kita akan membataskan had penggunaan telefon bimbit dalam sesuatu perkara.

Kini ia bukan masalah besar lagi, dengan adanya gelang pengecas bateri iaitu Bracer of Battery Life +2 ia mampu mengecas bateri telefon bimbit anda dimana jua anda berada tanpa memerlukan tenaga elektrik. Ia juga sangat sesuai bagi sesiapa yang suka mengembara, berkhemah, mendaki gunung dan segala aktiviti di tempat yang tidak mempunyai tenaga elektrik dalam jangka masa yang lama.



Berikut adalah spesifikasi Bracer of Battery Life +2

Ciri-ciri:
  • Litium ion Bateri boleh dicas semula (1,500 mah, 5.5V)
  • Kapasiti: 1500 mah, 5.5V
  • Input: DC 5V
  • Petunjuk LED - Kuasa-On dan 4 Tahap Meter Kuasa
  • Pada reka bentuk butang Hidup / Mati
  • Dimensi: 256 x 34 x 12mm (lebih kurang)
  • Berat: 82g
Penyambung:
  • iPhone & iPod
  • Nokia II (2mm)
  • Nokia I (3.5mm)
  • USB mini (Motorola/HTC/Dopod/MP3/MP4)
  • Mikro USB (Kindle, telefon lain & peranti)
  • LG
  • Samsung i900
  • Sony Ericsson
  • Sony PSP
  • NDS Lite
  • Nintendo DSI & 3ds
Kandungan Pakej:
  • 1 x USB pergelangan tangan Band Bateri
  • 1 x Mini USB Cable
  • 1 x Pengecas kabel Output
  • 9 x Penyambung
Untuk mendapatkannya, anda boleh ke laman ThinkGeek dengan harga RM140.

0 comment:

Post a Comment

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik