Blowfly: Jam Penggera Terbang

Thursday, September 06, 2012

Blowfly adalah jam penggera yang mempunyai bilah agar ia boleh terbang. Ia mempunyai reka bentuk lain dari yang lain di samping menggunakan warna yang menarik iaitu warna hitam berkilat. Selain itu, ia dilengkapi LCD backlit biru, menggunakan format nombor yang besar dan semestinya wajib mempunyai pelancar bilah helikopter mini.


Jam penggera ini berfungsi apabila apabila masa yang ditetapkan, jam penggera akan berbunyi seterusnya bilah helikopter mini tadi akan terbang. Jam penggera ini akan terus berbunyi sehingga anda bangun dan meletakkan kembali bilah helikopter mini ke tempat asalnya. Jadi jika anda mempunyai masalah untuk bangun awal di waktu pagi atau masa yang diinginkan, anda boleh dapatkkannya tanpa was-was di laman thinkgeek dengan harga $19.90 sahaja.

Ringbow: Cincin gabungan Mouse, Keyboard & Joystick

Wednesday, September 05, 2012


Ringbow adalah cincin penunjuk tanpa wayar bagi peranti pintar anda. Ia dilengkapi dengan butang D-pad ( 9 arah dan satu butang aksi ) dan anda hanya perlu menggunakan ibu jari anda untuk mengendalikannya. D-pad ini telah diprogram dengan pelbagai fungsi dan cukup mudah digunakan.


Antaranya fungsinya ialah boleh digunakan untuk menukar ketebalan berus, warna berus, mengawal permainan, sebagai remote televisyen, mengangkat panggilan telefon, memilih aplikasi peranti dan sebagainya tanpa menekan apa-apa di atas skrin peranti.


Ringbow juga menggunakan sambungan Bluetooth, ia mampu bertahan selama 5 jam untuk sekali cas. Ia juga ditawarkan dalam pelbagai warna, anda boleh dapatkannya di Kickstarter pada harga bermula $35 setelah ia mencapai dana yang secukupnya pada 22 Julai.

Video yang anda akan lihat dibawah akan menerangkan pelbagai fungsi Ringbow dengan lebih lanjut.

HeatStick: Pemanas Air Mudah Alih


Aku suka mengembara ataupun berkhemah, jadi untuk mendapatkan air panas amatlah leceh kerana perlu menghidupkan api terlebih dahulu. Tetapi dengan adanya Heatstick ini, proses untuk mendapatkan air panas menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.


Heatstick berfungsi dengan memasukkan pemanas ke dalam botol yang disediakan. Ia tidak menggunakan gas atau bahan bakar sebaliknya ia menjalani proses flameless exothermal untuk memanaskan air oleh pemanas Heatstick.


Untuk mendapatkannya boleh ke laman HeatStick dengan harga $400 tetapi malangnya produk ini tiada stok buat masa kini.

Bug-A-Salt: Senapang Pembunuh Lalat


Dengan menggunakan Bug-A-Salt, aktiviti memburu dan membunuh lalat pasti menyeronokkan dan mudah. Senapang ini hanya menggunakan garam sebagai peluru dan mampu membunuh lalat dan serangga kecil yang lain.


Anda hanya perlu mengisi garam pada ruang yang disediakan sebelum menggunakannya. Untuk sekali tembakan ia hanya menggunakan lebih kurang secubit garam dan ia juga mampu menembak sejauh 3 kaki. Senapang ini juga tidak menggunakan sebarang bateri atau sebarang tenaga elektrik yang menjadikan ia gajet yang mesra alam.

Ia direka oleh Lorenzo Maggiore dan masih dalam proses mengumpul dana di laman Indiegogo dan anda boleh menyumbang sekurang-kurangnya $30 untuk mendapatkan sebuah senapang Bug-A-Salt. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman bugasalt.

Wave Electric Violin

Tuesday, September 04, 2012



Wave Electric Violin
adalah konsep biola yang dicadangkan untuk Yamaha yang merupakan pengeluar nombor satu dalam industri ini. Reka bentuk konsep ini telah diilhamkan oleh pengalaman pereka sebagai pemain biola selama 10 tahun iaitu Jaewon Hwang. Dia telah menyedari bahawa bermain biola memerlukan banyak amalan dan postur yang betul untuk bermain dengan cantik, untuk itu para pemain memerlukan teknologi yang betul untuk meningkatkan prestasi mereka dengan lebih cepat dan mudah.


Wave Electric Violin dibuat daripada honeycomb aluminium yang berkilat supaya ia menjadi lebih ringan bagi membuat anda berasa kurang keletihan. Selain itu, bahagian dan sudut keseluruhan perbezaan antara empat rentetan adalah sama dengan biola akustik. Jadi, anda boleh menukar antara akustik dan elektrik bila-bila masa anda mahu.









ROOMBA: Robot Vakum


Ketika anda sedang pergi ke kerja, tidak perlu risau jika lantai rumah berhabuk. dengan menggunakan ROOMBA, ia dapat memudahkan kerja menyapu dan menvakum lantai rumah kerana robot ini boleh berkerja secara automatik.

ROOMBA menggunakan inovatif tiga peringkat sistem pembersihan dan navigasi setempat untuk benar-benar membersihkan persekitaran. Ia juga dilengkapi pengesan ketinggian seperti tangga bagi mengelakkan ia jatuh ketika pembersihan dilakukan. Setelah habis kerja-kerja pembersihan, ROOMBA secara automatik akan mengecas bateri dengan sendiri.


Untuk membeli ROOMBA bolehlah ke laman iROBOT.

Iris: Mengawal Kamera Menggunakan Mata

Monday, September 03, 2012


Iris merupakan kamera yang hanya menggunakan mata kita sendiri untuk mengawalnya. Ia akan mengesan pergerakan bebola mata kita dan membolehkan pengguna menangkap apa yang mereka lihat.


Ia direka oleh Mimi Zou,seorang pelajar dari Royal College of Art, Iris dikawal dengan cara mengelip dan menggerakkan bebola mata anda. Ia boleh mengecam subjek yang diambil apabila ia fokus pada mata subjek tersebut.


Untuk ‘zoom in’, pengguna hanya perlu merapatkan kelopak mata dan untuk mengambil gambar pula pengguna perlu kelip mata dua kali. Kamera ini juga boleh muat naik gambar melalui rangkaian Wi Fi atau di simpan di kad SD. Walaupun kamera ini hanya sebuah konsep dan tidak mungkin wujud ianya tetap cool.

IRIScan Book 2: Pengimbas Kertas Tanpa Komputer

Sunday, September 02, 2012


IRIScan Book adalah pengimbas yang tidak memerlukan sebarang komputer untuk beroperasi dan boleh di bawa kemana-mana dengan menyimpannya di dalam beg. Ia berkemampuan untuk menukar dokumen daripada buku, majalah dan sebagainya yang telah diimbas kepada teks yang boleh diedit dan seterusnya ia boleh terus dimuat naik ke dalam dekstop.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyimpan terus dokumen yang telah diimbas ke dalam memori kad yang disediakan. Ia mampu mengimbas dokumen sehingga mencapai resolusi 600 dpi. Oleh yang demikian, tidak kira bertapa kecilnya tulisan yang diimbas anda pasti boleh melihat dengan jelas di dalam dekstop.


IRIScan Book didatangkan dalam dua versi iaitu versi standard ( $99 ) dan versi Eksekutif ( $129 ) dimana versi eksekutif ini dilengkapi dengan bateri cas berbanding bateri biasa ( AA ) untuk versi standard. Selain itu, versi Ekeskutif memudahkan anda memindahkan ke dalam telefon bimbit kerana ia dilengkapi Bluetooth. Sebagai seorang pelajar gajet ini mungkin amat berguna buat anda dan anda boleh dapatkkanya di laman Irislink.


 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik