Rover 2.0: Kereta Kebal Pengintip

Sunday, September 09, 2012


Selepas ini anda perlu berhati-hati dalam melakukan segala aktiviti. Hal ini kerana Rover 2.0 iaitu gajet kereta kebal yang boleh menyelinap ke tempat rahsia dan menangkap gambar dan video. Kereta kebal ini juga merupakan peranti pintar juga mempunyai fungsi penglihatan malam. Ini bermaksud ia boleh merakam video pada waktu malam walaupun ia adalah salah satu daripada barang kecil yang murah dalam keupayaan untuk menangkap video dan foto.


Anda boleh mengawal kereta kebal ini dari IOS bersepadu atau Android app dan menghantar video terus ke telefon pintar atau tablet anda dengan segera. Rover 2.0 dikawal dengan bantuan slider yang membolehkan ia bergerak secara rolling atau berhenti. Malangnya ia menggunakan bateri AA dan bateri tersebut akan cepat habis kuasa dan tidak boleh dicas semula. Kereta kebal Rover 2.0 secara rasmi akan dijual pada bulan Oktober dengan harga $150 di laman Brookstone.



Hövding: Topi Keledar Ghaib



Ini bukan satu penipuan tetapi ia adalah kehidupan moden bagi menampilkan pengguna basikal agar kelihatan lebih bergaya. Kini topi keledar ghaib telah berjaya dihasilkan secara realiti dan dijual untuk penunggang basikal. Topi keledar ghaib ini dikenali Hövding (panggilan Sweden untuk "penghulu").


Topi keledar ghaib ini telah mengambil masa selama tujuh tahun dan menggunakan $10 juta dana untuk membangunkan dari konsep kepada produk. Ia sebenarnya adalah beg udara berbentuk topi keledar yang akan terhasil diatas permintaan atau ketika berlaku kecemasan untuk menyelamatkan tengkorak kepala anda. Untuk lebih memahami bolehlah menonton video di bawah.

Anda boleh membeli topi keledar ghaib ini dengan hanya $600 di laman Hövding.


Tingkatkan Trafik Secara Mendadak Dengan asiafans.net

Friday, September 07, 2012

banner
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Kisah Gajet. Hari ini aku tak nak bercerita mengenai gajet tetapi ingin bercerita mengenai traffic exchanger tools servis buatan anak Malaysia dari asiafans.net yang mampu meningkatkan trafik anda dengan mendadak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menambah like di FB fanpages, follow Twitter dan Google+ dan juga Youtube viewers.

Cara menyertai asiafans.net
1. Buka laman asianfans.net
2. Tekan “register” seperti gambar dibawah


3. Isi borang yang dipaparkan seperti gambar dibawah kemudian tekan “register”


4. Selepas mendaftar, buka emel anda untuk membuat pengesahan daripada asiafans.net untuk menjadi pengguna yang sah.

Cara untuk menggunakan asiafans.net

1. Buka laman asianfans.net
2. Dapatkan coin dengan melakukan task-task yang diberikan seperti gambar dibawah



3. Pilih task yang ingin dilakukan. Lagi banyak task yang anda lakukan, lagi banyak coin yang anda akan dapat.



4. Setelah mengumpul coin, anda tekan “add site” di menu sidebar bahagian kiri seperti gambar di bawah.


5. Pilih site yang anda ingin promosikan dengan mengisi borang yang dipaparkan



6. Untuk ruangan coin, anda letakkan maximum coin bagi sesuatu link/task yang anda isi. Contohnya, coin anda ada 100 letaklah 50.
7. Untuk ruangan CPC, bergantung kepada anda untuk memberikan coin kepada mereka yang melakukan task anda dengan menekan klik/like/follow. Contohnya anda letak 2 bagi 50 maximum coin maka anda boleh dapat 25 klik/like/follow. Anda digalakkan untuk meletakkan CPC yang tinggi bagi meningkatkan keberangkalian untuk blog/link anda di klik/di layari. Hal ini kerana keutamaan akan diberikan kepada sesiapayang meletakkan CPC yang tinggi.
8. Kemudian tekan “add site” apabila mengisi borang seperti dibawah.

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan coin selain melakukan task.
1. Buat entry khas untuk mempromosikan tools “traffic exchanger” didalam blog anda. Kemudian informkan kepada admin didalam ruangan “contact”. Secara automatik blog anda akan disenaraikan didalam bloglist dan anda akan mendapat 500 coin + VIP membership untuk 30 hari bagi 50 pengguna yang terawal.
2. Invite blogger lain mendaftar di asiafans.net dengan menggunakan referrer link dan meletakkan banner “traffic exchanger” didalam blog anda. Link referrer/HTML code boleh didapati dekat sidebar yang bertulis “promote site”. Anda akan mendapat 300 coin bagi setiap yang berdaftar di referrer link anda. Tetapi berkemungkinan nilai coin akan dikurangkan kerana ia terlalu besar.
3. Beli coin dengan menggunakan paypal/Maybank jika anda merasakan ia sangat berbaloi. Untuk membeli anda cuma perlu tekan menu bar yang bertulis “buy coin”. Harga bagi coin yang ditawarkan juga berpatutan dan anda pasti tidak menyesal kerana ia begitu berbaloi-baloi.

Backlink Booster


Backlink booster digunakan untuk ping site anda ke search engine supaya ia memudahkan blog anda dicari. Backlink booster juga sangat berkesan dan anda juga akan dapat backlink hasil ping yang dilakukan. Anda cuma memerlukan 500 coin untuk mengaktifkan backlink booster. Hanya sekali sahaja ia boleh digunakan dan amatlah rugi jika anda tidak menggunakannya.



Anda cuma perlu mengisi borang seperti gambar diatas dan yang paling penting dibahagian description dan keywords, anda perlu mengisi dengan betul agar ia memudahkan blog anda dicari oleh search engine. Contoh keywords bagi blog Kisah Gajet: gajet, konsep, video, info, dokumentari, (hanya boleh diisi tidak lebih 150 huruf perkataan dan dipisahkan dengan koma)
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh komen disini atau bertanya terus kepada admin di laman asiafans.net
Diolah dan gambar dari mksyahir dan anda dialu-alukan untuk copy paste dengan syarat jangan lupa dikreditkan kepada Kisah Gajet dan mksyahir.

Wikipad: Tablet Permainan konsol mudah alih


Wikipad ialah tablet permainan konsol mudah alih yang memberi sepenuh hiburan dengan ciri-ciri terkini dan spesifikasi yang dipertingkatkan termasuklah pengawal gamepad, skrin bersaiz 10.1 inci, casis ultra yang ringan, pemproses quad-core Nvidia dan versi antena 3G. Selain itu, ia turut menginteragasikan Android bagi membolehkan ia berfungsi seperti tablet lain.



Wikipad juga boleh memuat turun permainan dari Nvidia's Tegra Zone store, Google Play dan platform PlayStation Mobile. Pengawal gamepad Wikipad memiliki ciri yang unik iaitu mempunyai dua batang analog, pad berarah dan empat butang. Ini membuatkan ia kelihatan sama seperti pengawal PlayStation 3 dan Xbox 360.




Kini secara rasminya Wikipad akan dijual dengan harga $499 bermula pada 31 Oktober. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke laman Wikipad.



Hyper-Matrix: Dinding Bergerak


Firma Media Jonpasang melakukan kerjasama dengan Hyundai untuk mewujudkan Hyper-Matrix iaitu dinding bergerak yang sebenarnya terdiri daripada beribu-ribu kiub bermotor bagi mewujudkan rasa tekstur dan pemasangan yang sangat besar sehingga mencapai 180 darjah.

Apabila pembentangan Hyper-Matrix bermula, kiub 1 kaki bergerak bersama-sama dalam corak pixelated sebelum menunjukkan unjuran filem yang memaparkan kaitan Hyundai dalam multimedia dan landskap. Sangat menakjubkan apabila projektor memaparkan imej kepada kiub yang meningkatkan rasa 3 dimensi.


Sila tonton video dibawah untuk melihat bagaimana Hyper-Matrix dihasilkan.

Video: Adakah iPhone 5 ialah iPad Mini ?


Terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan bahawasanya iPad Mini adalah iPhone 5. Jadi untuk mengetahui kebenaran silalah tengok video dibawah. Di dalam video tersebut juga menunjukkan beberapa ciri-ciri konsep yang mungkin terdapat didalam iPhone 5 iaitu pengecasan tanpa wayar, pengimbasan cap jari dan versi terkini Siri yang boleh berkomunikasi dengan mesin pintar lain di seluruh dunia.



Instacube: Bingkai Gambar Digital Untuk Gambar Instagram

Thursday, September 06, 2012




Bingkai gambar digital sangat kurang popular digunakan di Malaysia, tapi jika anda adalah seorang penggemar Instagram. Ia amat berbaloi untuk dimiliki. Hal ini kerana, Instacube ini akan memaparkan segala gambar yang terdapat didalam akaun Instagram anda.


Instacube adalah bingkai gambar digital bersaiz 7.66 inci yang dilengkapi skrin sentuh. Instacube akan memaparkan gambar Instagram anda dalam 600 x 600 piksel resolusi. Anda juga boleh terus menghantar gambar ke Instacube dengan menggunakan hashtags. Instacube beroperasi di peranti Android.

Untuk maklumat lanjut mengenai Instacube boleh ke laman Kickstarter.






Bracer of Battery Life +2: Gelang Pengecas Bateri


Telefon bimbit adalah keperluaan dalam aktiviti seharian. Dengannya kita mampu untuk menghiburkan diri dengan mendengar muzik, menonton video, bermain game dan melayari internet atau laman sosial. Tapi perkara yang membuatkan mood kita terganggu ialah apabila telefon bimbit kehabisan bateri. Hal ini kerana kita akan membataskan had penggunaan telefon bimbit dalam sesuatu perkara.

Kini ia bukan masalah besar lagi, dengan adanya gelang pengecas bateri iaitu Bracer of Battery Life +2 ia mampu mengecas bateri telefon bimbit anda dimana jua anda berada tanpa memerlukan tenaga elektrik. Ia juga sangat sesuai bagi sesiapa yang suka mengembara, berkhemah, mendaki gunung dan segala aktiviti di tempat yang tidak mempunyai tenaga elektrik dalam jangka masa yang lama.



Berikut adalah spesifikasi Bracer of Battery Life +2

Ciri-ciri:
  • Litium ion Bateri boleh dicas semula (1,500 mah, 5.5V)
  • Kapasiti: 1500 mah, 5.5V
  • Input: DC 5V
  • Petunjuk LED - Kuasa-On dan 4 Tahap Meter Kuasa
  • Pada reka bentuk butang Hidup / Mati
  • Dimensi: 256 x 34 x 12mm (lebih kurang)
  • Berat: 82g
Penyambung:
  • iPhone & iPod
  • Nokia II (2mm)
  • Nokia I (3.5mm)
  • USB mini (Motorola/HTC/Dopod/MP3/MP4)
  • Mikro USB (Kindle, telefon lain & peranti)
  • LG
  • Samsung i900
  • Sony Ericsson
  • Sony PSP
  • NDS Lite
  • Nintendo DSI & 3ds
Kandungan Pakej:
  • 1 x USB pergelangan tangan Band Bateri
  • 1 x Mini USB Cable
  • 1 x Pengecas kabel Output
  • 9 x Penyambung
Untuk mendapatkannya, anda boleh ke laman ThinkGeek dengan harga RM140.

 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik