Gambar Bocor iPad Mini

Wednesday, September 19, 2012


Apple dikhabarkan akan membuat pengumuman iPad mini pada Oktober ini. Oleh sebab yang demikian, terdapat begitu banyak khabar angin mengenainya. Antaranya khabar angin mengatakan iPad mini adalah iPhone 5. Dan hari ini beberapa gambar rekabentuk iPad mini telah bocor yang diterbitkan oleh Bolopad.com dan Nowhereelse.fr

Gambar tersebut menunjukkan sebuah iPad mini yang kelihatan lebih nipis dan kecil yang menggunakan 9-pin penyambung pelabuhan dok dan satu kamera belakang yang masih tidak diketahuo berapa megapixelnya. iPad mini juga dikhabarkan dikhabarkan akan menampilkan paparan yang bersaiz 7.85 inci dan ia dilaporkan akan berharga antara $ 249 dan $ 299.







Pasu menyimpan air selama 4 Bulan

Saturday, September 15, 2012



Kini syarikat SharperImage telah mengeluarkan pasu yang boleh membekalkan air kepada pokok selama 4 bulan. Semasa penyiraman air ke dalam pasu air akan disimpan. Ini akan memudahkan penjagaan pokok dan menghilangkan kerisauan pokok yang ditanam akan mati. Pasu ini menggunakan lapisan dan sumbu yang direka khas untuk menarik dan menyerap air dari kebuk vakum bagi menyediakan tahap penghidratan yang sempurna untuk tumbuhan. Untuk mendapatkannya boleh membuat pembelian di laman Sharperimage dengan harga $39 setiap satu.

Inatrap : Perangkap Serangga Inovatif




Perangkap serangga keluaran syarikat Inadays ini bukan sahaja cantik dipandang tetapi ianya juga dilengkapi dengan teknologi inovatif yang terkini untuk menarik serangga ke dalam perangkap. Disebabkan ia mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik membolehkan anda meletakkannya di mana jua anda suka. Inatrap menggunakan cahaya LED yang lembut dan reaksi foto-pemangkin, ia menghasilkan CO2 hangat seakan-akan nafas manusia.
Serangga terbang seperti nyamuk akan tertarik lalu menghampiri perangkap sehingga mereka disedut oleh kipas ke dalam sangkar. Anda tidak perlu berasa bersalah kerana berlaku kejam. Hal ini kerana cara ini tidak membunuh serangga tersebut kerana ia hanya berfungsi untuk memerangkap serangga sahaja. Anda boleh dapatkannya di Amazon dengan harga $80.






LumaHelm : Topi Keledar Berlampu Untuk Berkomunikasi

Friday, September 14, 2012


Topi keledar ini dihasilkan oleh Exertion Games Lab dari Universiti RMIT, Australia. Topi keledar ini diciptakan untuk membenarkan si pemakai untuk berkomunikasi dengan orang awam dengan isyarat lampu. Ini lebih memudahkan pemakai daripada menggunakan syarat tangan.

Dilengkapi dengan 104 lampu LED yang dikawal oleh mikropengawal Arduino. Ia membolehkan si pemakai menggunakan topi keledar ini sebagai penunjuk isyarat hanya dengan menggerakkan kepala. Bukan itu sahaja,lampu di topi keledar ini juga boleh dintegrasikan dengan alunan musik.


Pembinaan topi keledar ini juga ingin menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan yang mesra alam seperti basikal. Jika anda adalah pengayuh basikal untuk kemana-mana, pasti topi keledar ini tidak ketinggalan untuk dimiliki. Tetapi malangnya topi ini masih dalam peringkat pembinaan dan tidak diketahui bila ia akan ke pasaran.


iGrow : Pasu Bunga Yang Membekalkan Air Selama Seminggu



iGrow dapat menyelesaikan masalah anda yang seringkali terlupa untuk menyiram pokok bunga. Hal ini kerana pasu ini akan membekalkan air yang mencukupi selama seminggu kepada pokok anda dengan hanya sekali siraman. Reka bentuk pasu ini juga ringkas dan inovatif yang membolehkan anda meletakkkanya di mana jua anda suka.


iGrow juga dapat menghalang daripada pembiakan nyamuk dan tumpahan air memandangkan tempat tadahan air adalah tertutup. Pasu yang direka oleh Physic Factory ini juga adalah rekaan prototaip dan sama ada ia akan dihasilkan untuk jualan masih tidak diketahui.

iPhone 5 bukanlah telefon pintar ternipis di dunia


Phil Schiller, Naib Presiden Kanan (AAPL) untuk pemasaran di seluruh dunia, menyifatkan iPhone 5 adalah "telefon pintar ternipis di dunia" semasa sidang akhbar pada rabu lepas. Tetapi firma penyelidikan Strategi Analytics menyatakan berita tersebut tidak benar sama sekali di dalam kenyataannya di blog rasmi. Malah, Analytics Strategi menekankan bahawasanya Motorola mempunyai tiga telefon pintar yang lebih nipis dengan ketebalan 7.1 milimeter berbanding 7.6 milimeter ketebalan iPhone 5. Model telefon pintar tersebut ialah Motorola RAZR XT909, Motorola DROID RAZR dan Motorola RAZR XT910.

Video: First Look iPhone 5 (PRANK)

Thursday, September 13, 2012


Hari ini iPhone 5 telah dilancarkan dan ia pasti menjadi hari yang paling memalukan buat mereka apabila di prank atau erti kata lain di troll oleh rancangan Jimmy Kimmel Live. Mereka diminta untuk memberikan pendapat atau review terhadap iPhone 5 yang dilancarkan hari ini tetapi sebaliknya mereka diberikan iPhone 4s. Dan tanpa ragu-ragu mereka terus memberikan pendapat. Inilah akan terjadi apabila anda langsung tidak mengambil kisah mengenai gajet-gajet yang terhangat dan terkini. Jom tengok mereka di prank. Hahahaa



Gnarboard: Papan Luncur Elektrik



Papan luncur elektrik ini dilengkapi dengan motor berkuasa 850 Watt untuk setiap tayar. Oleh sebab yang demikian, papan luncur ini boleh memecut dari 0 hingga 45 km/j hanya dalam masa 1.9 saat dan 45 km/j yang juga merupakan kelajuan tertinggi papan luncur ini.


Dengan kelajuan sebegini, ia boleh bergerak dengan mudah di atas jalan yang tidak rata dan mempunyai kadar pecutan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan kereta yang ada di jalan raya sekarang.


Ia didatangkan dengan 3 model dengan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tertentu. Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan juga mahal yang pasti membuatkan ia sukar dimiliki. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke laman Gnarboard.



 
Kisah Gajet © 2012 | Designed by Capik